Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[TIDAK RASMI] Mahdzir ketinggalan di Padang Terap -

[TIDAK RASMI] Mahdzir ketinggalan di Padang Terap

UNDI pos bagi Parlimen Padang Terap tidak memihak kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid apabila beliau sekadar memperolehi 332 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Nurul Amin Hamid yang mendapat 742 undi.

Dua lagi calon iaitu Muaz Abdullah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Razali Lebai Salleh (Pejuang) jauh ketinggalan apabila masing-masing hanya memperolehi 53 dan 8 undi.

Setakat pukul 7.55 petang, keputusan tidak rasmi bagi tiga daripada 114 peti undi telah dipamerkan termasuk undi pos.

Secara keseluruhannya daripada jumlah itu, Mahdzir yang merupakan penyandang kerusi itu sekadar memperolehi 453 undi berbanding 805 diraih Nurul Amin.

Muaz pula secara keseluruhannya menerima 60 undi, manakala Razali berada di kedudukan terakhir dengan lapan undi lapor Utusan Malaysia.