Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Dr Mahathir harap SPR terus haramkan telefon bimbit dalam pusat mengundi -

PRU-15: Dr Mahathir harap SPR terus haramkan telefon bimbit dalam pusat mengundi

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat terus mengharamkan penggunaan telefon bimbit di dalam pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, perkara berkenaan dapat mengelak pengundi daripada ‘membocorkan’ kertas undian mereka kepada pihak tertentu.

“Bila tidak bawa telefon bimbit di tempat mengundi, mereka tidak boleh dedahkan siapa yang mereka undi. Tetapi, kalau bawa telefon bimbit masuk, boleh ambil dan hantar gambar berkenaan kepada pihak tertentu.

“Jadi, orang luar boleh tahu siapa yang mereka undi. Kalau yang hendak bagi duit, tunjuk pangkah parti, jadi kena bagi duit dan apabila banyak sangat penggunaan duit ia akan mempengaruhi keputusan undi seseorang,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di Alor Setar, kira-kira 10.55 pagi tadi. – Bernama