Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Pengundian DUN Tioman ditangguh -

PRU-15: Pengundian DUN Tioman ditangguh

PENGUNDIAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), hari ini, ditangguhkan berikutan kematian calon daripada Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli, ketika dihubungi BH.

Beliau berkata, susulan kematian calon terbabit, pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Terdahulu, media melaporkan Md Yunus disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Semalam, SPR menetapkan pengundian PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda ke 7 Disember depan berikutan kematian seorang calonnya daripada Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, Rabu lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dipetik berkata justeru hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditetapkan pada 24 November ini, manakala hari mengundi awal pula 3 Disember.