Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15 : PAS mendahului di semua 8 Parlimen di Terengganu -

PRU-15 : PAS mendahului di semua 8 Parlimen di Terengganu

PAS mendahului semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu setakat jam 9.30 malam.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului di Parlimen Marang apabila memperoleh 55,565 undi dengan majoriti 31,158 undi menurut Berita Harian.

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim turut mendahului dengan majoriti 27,830 undi.

Selain itu, calon Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak mendahului dengan majoriti 21,841 undi.

Di Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang juga penyandang kerusi berkenaan memperoleh 55,390 undi dengan majoriti 23,752 undi.

Penyandang kerusi Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mendahului dengan 32,311 undi dengan majoriti 14,305 undi.

Di Dungun, penyandangnya, Wan Hassan Mohd Ramli turut mendahului apabila memperoleh 17,882 undi manakala Setiu yang diwakili, Shaharizukirnain Abdul Kadir memperoleh 26,320 undi.

Calon muka baharu bagi Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh turut mendahului dengan majoriti 9,434 undi.