Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Saya tidak restu anak tanding melainkan atas tiket PAS' - Isteri Allahyarham Nik Aziz -

‘Saya tidak restu anak tanding melainkan atas tiket PAS’ – Isteri Allahyarham Nik Aziz

ISTERI Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menegaskan beliau tidak merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS.

Tuan Sabariah berkata, beliau dan arwah suami sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS.

“Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket PAS.

“Almarhum Tuan Guru dan saya sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS,” katanya menerusi kenyataan malam tadi, lapor BH Online.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Parlimen Pasir Salak menyaksikan pertembungan empat penjuru. Selain Khairul Azwan Harun daripada Barisan Nasional (BN) dan Nik Omar, kerusi itu juga ditandingi calon Perikatan Nasional (PN), Jamaludin Yahya dan calon PEJUANG, Zairol Hizam Zakaria.

Nik Omar sebelum ini pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan namun tewas pada PRU14) di kerusi yang pernah disandang arwah bapanya.