Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Disyaki pecah masuk kedai serbaneka, dua penganggur ditahan -

Disyaki pecah masuk kedai serbaneka, dua penganggur ditahan

DUA penganggur ditahan polis selepas disyaki terbabit kejadian pecah masuk sebuah kedai serbaneka di Pekan Ampang, Petaling Jaya kelmarin.

Pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 9 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian disedari pekerja kedai iaitu lelaki berusia 30 tahun yang tiba kira-kira pukul 8.30 pagi dan melihat pintu belakang kedai diumpil.

“Pengadu mendakwa beberapa barang hilang dengan anggaran kerugian RM13,000.

“Bertindak atas laporan, kita menahan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun di sekitar daerah ini antara pukul 6.45 petang hingga 8.10 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan berjaya merampas beberapa barangan seperti komputer riba, pengecas mudah alih, minyak wangi dan mesin gunting rambut milik pengadu.

Katanya, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 22 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan,” katanya.