Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bersatu Batu Pahat nafi 30 bekas ahli sertai UMNO -

Bersatu Batu Pahat nafi 30 bekas ahli sertai UMNO

KETUA Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Batu Pahat, Syed Mohammad Syed Alwi menafikan dakwaan seramai 30 bekas ahli parti itu menyertai UMNO.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Seri Dr Puad Zarkashi di Facebooknya pada Rabu.

Syed Mohammad berkata, hakikatnya hanya beberapa ahli Bersatu yang keluar menyertai UMNO.

“Taktik murahan sebegini memang telah kita jangkakan. Serangan demi serangan kepada saya dan kepimpinan Bersatu Batu Pahat terus dibuat secara berterusan menjelang hari pembuangan undi pada 19 November ini,” katanya ketika sidang akhbar pada Khamis, lapor SinarHarian.

Semalam, Puad membuat kenyataan di Facebooknya dan mendakwa menerima borang permohonan keahlian UMNO oleh 30 bekas ahli Bersatu.

Puad berkata, ahli Bersatu yang keluar parti itu juga menubuhkan cawangan baharu iaitu UMNO Puncak Impian.

“Alhamdulillah, malam ini saya hadir majlis pembubaran ranting parti Bersatu Kg Rahmat Senggarang,” katanya.

Sementara itu, Syed Mohammad berkata, ahli-ahli cawangan dan bahagian Bersatu di Batu Pahat akan terus berdiri kukuh dibawah kepimpinan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Rashid Hasnon.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Bersatu Batu Pahat bersetuju menubuhkan cawangan penaja Banang Jaya dan melantik Mohd Hanafi Yusof sebagai Ketua Cawangan Penaja berkuat kuasa serta-merta selain mengekalkan ahli jawatankuasa dari Kampung Rahmat sebagai Jawatankuasa Penaja.

“Selain itu, semua ahli jawatankuasa cawangan tersebut telah menyatakan untuk memberi sokongan penuh kepada Bersatu Batu Pahat dan calon PN Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon,” katanya.