Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gelombang rakyat mahu bersihkan ‘sampah sarap’ politik - Muhyiddin -

Gelombang rakyat mahu bersihkan ‘sampah sarap’ politik – Muhyiddin

SEMANGAT dan sokongan luar biasa rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) bukti rakyat ingin menolak dan membersihkan negara daripada ‘sampah sarap’ politik yang merosakkan negara.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anjakan besar serta gelombang kesepaduan itu merupakan cita-cita rakyat yang ingin melihat satu pembaharuan kepada negara.

“Mereka ingin ambil kesempatan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15 ) untuk memangkah PN kerana kami menawarkan sesuatu yang lebih baik bagi mereka, menjamin keselamatan mereka.

“Jadi ada harapan, dalam tempoh beberapa hari ini, saya fikir gelombang ini akan membesar. Dulu kita sebut tsunami, saya harap tsunami yang boleh membersihkan ‘sampah sarap’ politik yang sudah merosakkan Malaysia,” katanya dalam sesi temubual bersama AstroAWANI, pada Rabu.

Presiden BERSATU itu berkata, PN menawarkan sesuatu yang baharu, bertenaga yang realistik serta inklusif untuk dilaksanakan yang menjadi cita-cita sebahagian besar rakyat Malaysia.

Katanya, jika diberi mandat untuk membentuk kerajaan, PN akan memberi fokus dalam menguruskan krisis ekonomi serta meringankan beban rakyat dengan cepat dan segera.

“Pentingnya adalah kita berhadapan dengan krisis, kita masih berhadapan soal krisis ‘Post-Pandemic’. Sebab itu bila kita kemukakan tawaran-tawaran itu, jangan pilih parti.

“Tetapi tengok parti itu boleh buat apa, khususnya untuk menguruskan hal-hal negara dalam tempoh yang cepat,” katanya lagi. – SB