Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Solidariti PN: Penyokong berhujan, pemimpin pun berhujan -

Solidariti PN: Penyokong berhujan, pemimpin pun berhujan

BIAR basah kuyup akibat hujan lebat, pemimpin-pemimpin kanan Perikatan Nasional serta calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) terus berdiri memberi ucapan di atas pentas separuh terbuka, sambil menolak diberikan payung.

Semua itu dilakukan untuk menghargai ratusan penduduk dan penyokong Perikatan Nasional, terutama anak muda, yang tidak berganjak dari tempat masing-masing biar pun hujan lebat ketika ceramah mega Perikatan Nasional di Taman Keramat di dalam kawasan Parlimen Gombak, malam tadi.

Ini termasuk Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi penghormatan kepada penyokong parti itu kerana sanggup berhujan untuk kekal mendengar ucapan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional.

“Inilah hujan rahmat. Saya dapat lihat anda semua tidak berganjak, walaupun dilanda ribut, untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 ini,” katanya

Orang ramai membanjiri ceramah PN-BEST di Taman Keramat, Kuala Lumpur walaupun hujan lebat membasahi bumi

Ketika memberi ucapan, Muhyiddin juga menolak payung yang ditawarkan kepadanya, mengatakan dia mahu berdiri bersama-sama dengan orang ramai.

Terdahulu, hujan renyai bertukar lebat ketika beberapa pemimpin Perikatan Nasional dan calon, mula berucap kira-kira jam 8 malam.

Melihat kepada penyokong yang tidak berganjak, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga tidak menggunakan payung ketika hujan semakin lebat dan memberikan ucapan di atas pentas terbuka.

Antara pemimpin lain termasuk Menteri Kanan Pendidikan kerajaan sementara yang juga Naib Presiden Bersatu dan calon Perikatan Nasional Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin. Walaupun, ketika ucapannya hujan paling lebat, namun beliau juga tidak berganjak dan tetap bersama orang ramai.

Pemimpin lain yang turut berucap ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga calon Perikatan Nasional kerusi Parlimen Gombak; dan calon Perikatan Nasional Parlimen Setiawangsa, Nurul Fadzilah Kamaluddin.

Berikut adalah pemimpin Perikatan Nasional yang sanggup berhujan bersama orang ramai dalam ceramah di Taman Keramat, malam tadi.