Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perak bakal miliki Esport Youth Cabin pertama hujung tahun ini -

Perak bakal miliki Esport Youth Cabin pertama hujung tahun ini

PERAK bakal memiliki pusat sukan elektronik (e-sukan), Esport Youth Cabin, pertama di negeri ini menjelang Disember ini.

 Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pusat yang akan dibina bersebelahan velodrome rakyat itu, dijangka menjadi hab komuniti dan tempat penganjuran kejohanan e-sukan di Perak.

“Saya berharap dengan pembinaan pusat ini dapat mengumpulkan anak muda dalam sesebuah program e-sukan dan menjadi sumber pendapatan kepada rakyat Perak,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Sukan Elektronik Perak bersama rakan strategik Homebios dan MAD ESport Championship bagi mengumpulkan pemain dari setiap negeri untuk berlatih di pusat latihan Akademi Homebois.

Esport Youth Cabin di Perak merupakan pusat e-sukan kedua selepas pembinaannya di Kepala Batas, Pulau Pinang yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa.

Ia menempatkan antaranya arena e-sukan yang mempunyai fasiliti bertaraf antarabangsa dan penginapan atau asrama bercirikan kabin yang dilengkapi dengan kafe ‘hipster’.

— BERNAMA