Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir di Melaka, dua PPS dibuka di Alor Gajah -

Banjir di Melaka, dua PPS dibuka di Alor Gajah

SEBANYAK dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Alor Gajah  selepas daerah itu dilanda banjir kilat tengah malam tadi, akibat hujan lebat yang bermula sejak 5.30 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Melaka dalam kenyataan berkata setakat 8 pagi ini, seramai 29 mangsa dari 10 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek dan Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal.

“Kedua-dua PPS tersebut masing-masing diaktifkan pada 12.45 malam dan 1 pagi tadi apabila lima kawasan iaitu Kampung Kuala Sungga Tebong, Kampung Orang Asli Hutan Percha, Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai dinaiki air,” menurut kenyataan itu.

Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS itu selepas air sungai melimpah di kawasan penduduk yang rendah. – BERNAMA