Stesen LRT Kelana Jaya hingga Ampang Park ditutup

0
186

PERKHIDMATAN LRT antara laluan stesen Kelana Jaya dan KLCC dilaporkan tergendala lagi, menyebabkan ribuan pengguna terkandas di stesen masing-masing.

Lebih menyukarkan, keadaan berlaku pada waktu puncak ketika sebahagian besar pengguna mula memenuhi stesen untuk pulang selepas tamat waktu kerja.

Menurut laporan BH Online, ramai pengguna merungut kerana gangguan sama turut berlaku semalam.

Semakan di laman sosial rasmi Rapid Kuala Lumpur di Twitter (AskRapidKL) mendapati, ciapan pada jam 4.49 petang ini memaklumkan penutupan laluan LRT Kelana Jaya.

“Stesen LRT Kelana Jaya sehingga Stesen LRT Ampang Park kini telah ditutup kepada pengguna. Penumpang diminta menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain. Mohon maaf atas kesulitan,” katanya.

Seorang pengguna, Muhammad Danish Amri Anuar, 18, berkata ada pengumuman memaklumkan kawalan automatik tren tidak berfungsi ketika ada dalam tren menuju ke KL Sentral.

“Tren mulai bergerak perlahan dari stesen Abdullah Hukum dan setibanya di stesen LRT Bangsar, pintu tren tidak tertutup lama.

“Saya mengambil keputusan keluar dari tren dan menaiki bas ke KL Sentral,” katanya.

Difahamkan, masalah teknikal turut berlaku malam kelmarin.

Sementara itu, RapidKL menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma untuk membawa penumpang dari stesen LRT Lembah Subang ke LRT Pasar Seni, LRT Pasar Seni ke LRT Lembah Subang, LRT Damai ke LRT Masjid Jamek dan LRT Masjid Jamek ke LRT Damai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here