SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa pengundi Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menurutnya, pengundi Melayu berasakan yang UMNO tidak lagi relevan dan tidak amanah untuk mengetuai pentadbiran dalam kerajaan.
“Dalam pengetahuan saya, tak pernah dalam sejarah UMNO pengumuman calonnya tidak lengkap.
“Saya tak pernah dengar menteri UMNO digugurkan dan tutup bilik gerakan,” katanya ketika berucap pada Jelajah Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah di sini pada Isnin.
Tambahnya, BN hari ini tidak sama seperti BN yang dahulu kerana yang tinggal dalam parti itu hanya UMNO manakala MCA dan MIC dilihat seperti ‘separuh mati’.
Ujarnya, beliau percaya yang masyarakat Cina tidak lagi menaruh kepercayaan kepada MCA begitu juga masyarakat India terhadap MIC.
“MCA memang dah tak relevan lagi kepada orang Cina dan BN hanya tinggal satu ‘badan’, tiada lagi ‘tangan dan kaki’.
“MIC pula cukup berdrama dan cakap nak boikot pilihan raya, tapi tak sampai 24 jam kembali semula kepada UMNO. Calon PH dari kaum India jauh lebih ramai daripada calon India yang diletakkan MIC,” katanya lapor Sinar Harian.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.