Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin restu Ronald bertanding di Beluran lawan GRS -

Muhyiddin restu Ronald bertanding di Beluran lawan GRS

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mempertahankan tindakan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee mempertahankan kerusi Parlimen Beluran selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi laluan kepada calon BN.

Menurutnya GRS sepatutnya tidak mengorbankan kerusi milik Bersatu ketika berunding dengan BN.

“Kenapa anda (GRS) tidak mempertahankan Kiandee? Adakah ia adil? Itu jawapan saya.

“Itu calon saya dan dia naib presiden (Bersatu), dia penyandang. Dia tidak dapat watikat daripada GRS. Apa yang anda buat jika di posisi saya?

“Jadi saya beritahu Kiandee bahawa keputusan kami (PN) ialah dia boleh bertanding menggunakan tiket PN,” kata Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada sidang media selepas program ceramah umum PN di Pendang, malam tadi lapor Malaysia Kini.

Terdahulu Ronald menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sekali gus menyebabkan pertembungan dengan calon BN, yang menjalin kerjasama dengan GRS dalam mentadbir Kerajaan Sabah, iaitu bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat. 

Ronald berkata Bersatu masih parti komponen GRS di Sabah, namun di peringkat nasional, Bersatu dan dua parti komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) serta Parti Progresif Sabah (SAPP) adalah komponen PN.

Sementara itu Muhyiddin menegaskan mereka (PN) bahkan boleh sepatutnya boleh meletakkan calon di lima atau enam kerusi lagi di negeri itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Pada PRU 2018, Ronald, yang ketika itu daripada Umno mewakili BN menang dengan majoriti 7,115 undi, namun beliau bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu pada 2019.