Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Standard BN, PH lebih rendah dalam isu integriti -

Standard BN, PH lebih rendah dalam isu integriti

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tahap integriti yang dimiliki gabungannya lebih tinggi berbanding pesaing mereka.

Ini kerana katanya, gabungan itu menetapkan syarat bahawa setiap calon perlu membuat aku janji serta menjalani tapisan yang ketat.

Menurutnya, tindakan itu tidak dibuat parti-parti gabungan lain apabila calon-calon yang dipilih tidak ditapis sebaiknya.

“Jika mereka (calon) didapati ada kes jenayah, sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah atas kesalahan rasuah mereka tidak dibenarkan bertanding.

“Ini standard atau ‘benchmark’ yang ditetapkan oleh PN. BN dan Pakatan Harapan (PH) mungkin mempunyai standard atau ‘benchmark’ yang lebih rendah daripada PN dalam isu integriti.

“Sebab itu orang yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah pun dibenarkan bertanding dalam pilihan raya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Tawaran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PN di sini pada Ahad.

Pada majlis itu menyaksikan PN melancarkan manifesto PRU15 yang bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil.’

Tawaran itu menetapkan sebanyak 12 tunjang dan 30 pendekatan dengan 234 tawaran yang dirangka bagi mencapai kemakmuran yang berterusan dan membina masyarakat yang inklusif.

Tambah Presiden BERSATU yang juga calon Parlimen Pagoh itu, beliau yakin rakyat ketika ini telah bijak menilai integriti sesebuah parti atau calon.

“Itu masalah mereka, bukan masalah kita. Saya yakin rakyat tahu menilai siapa yang lebih komited dan rela berkorban semata-mata untuk memastikan negara kita bebas rasuah dan terselamat daripada cengkaman kleptokrat,” katanya.