[VIDEO] Penamaan tertangguh di Tenom, gas pemedih mata dilepaskan

0
270

GAS pemedih mata dilepaskan di pusat penamaan calon di Tenom, Sabah hari ini.

Setakat jam 1.35 tengah hari, calon-calon bagi kawasan parlimen itu belum dinamakan.

Di kebanyakan tempat, calon-calon bertanding diumumkan sejurus selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Sebelum ini, tersebar video klip penyokong parti politik cuba merempuh masuk ke pusat penamaan, menyebabkan pihak polis melepaskan gas pemedih mata.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Dewan DSP Antanom dan sedang menunggu laporan terperinci.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP (pesuruhjaya polis) Sabah,” katanya lapor portal Malaysia kini.

Agensi berita nasional juga melaporkan, mereka difahamkan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Peter Anthony dari parti itu ditolak pegawai pengurus pilihan raya.

Tular di media sosial kekecohan di Dewan DSP Antanom, Tenom Sabah