Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Musim tengkujuh mula Isnin ini - MetMalaysia -

Musim tengkujuh mula Isnin ini – MetMalaysia

MALAYSIA dijangka mengalami enam kali air pasang besar dalam tempoh tiga bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, Malaysia akan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada Isnin ini dan berterusan sehingga Mac tahun 2023.

Katanya, sepanjang tempoh ini, sebanyak empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat secara berterusan berpotensi berlaku.

“Seperti musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.

“Kejadian air pasang besar dijangka berlaku antara 6 hingga 11 dan 22 hingga 27 November ini diikuti 7 hingga 12 dan 22 hingga 26 Disember serta 6 hingga 10 dan 21 hingga 25 Januari tahun depan,” katanya dalam kenyataan media memetik laporan Harian Metro pada Khamis.

Beliau berkata, ketika MTL, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia di medium sebaran rasmi seperti laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial MET Malaysia sama ada di Facebook, Twitter dan Instagram.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638.