Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Pengunjung cemas kontena 'fun fair' terbakar -

[VIDEO] Pengunjung cemas kontena ‘fun fair’ terbakar

PENGUNJUNG di sebuah tapak ‘fun fair’ di Bandar Baru Tanah Merah, Tanah Merah bertempiaran lari selepas melihat sebuah kontena yang menyimpan peralatan elektronik di kawasan itu terbakar malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu disedari oleh pihak pengurusan selepas melihat kepulan asap dan api yang membakar kontena tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, pihak pengurusan ‘fun fair’ telah membuat pencegahan awal dengan mengarahkan semua pengunjung keluar dari kawasan berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.04 malam sebelum tujuh anggota bomba dan sebuah jentera bergegas ke tapak ekspo itu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar sebuah kontena yang menempatkan pelbagai barangan elektronik.

“Kesemua barangan tersebut tidak sempat diselamatkan kerana kebakaran berlaku dengan pantas,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!

Mohd.Zulkifli berkata, jumlah pengunjung di ekspo tersebut agak ramai kerana ia merupakan malam terakhir penganjuran ‘fun fair’ itu selepas empat minggu beroperasi di situ.

Katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Tambahnya, pihak bomba sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh penganjur.