Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mekanik lumpuh terlepas hukuman sebatan -
BenKhaled

Mekanik lumpuh terlepas hukuman sebatan

SEORANG mekanik lumpuh yang disabitkan kesalahan memiliki dadah terlepas tiga sebatan selepas Mahkamah Tinggi membatalkan hukuman itu yang dijatuhkan kepadanya pada 2020.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan demikian selepas permohonan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail yang memohon untuk meminda hukuman itu terhadap Ben Khaled Abd Molok, 42, atas kesalahan memiliki 17.71 gram dadah jenis methamphetamine.

“Mahkamah menggunakan budi bicara Seksyen 291 Kanun Tatacara Jenayah untuk meminda hukuman itu. Maka mahkamah ‘remit’ (membatalkan) hukuman (sebatan) tersebut atas faktor kesihatan,” katanya.

Ben Khaled yang lumpuh dari pinggang ke bawah, sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun serta tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 17 Ogos 2020 atas kesalahan itu yang dilakukan di sebuah bengkel kereta di Jalan Tago, Taman Perindustrian Tago, Sri Damansara, Gombak pada 4 petang, 12 Feb 2019.

Dia dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 A (1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan hukuman sebat tidak lebih sembilan sebatan.

Peguam Ben Khalid, Hafizuddin Salehuddin ketika ditemui di luar mahkamah berkata anak guamnya sebelum ini telah selesai menjalani hukuman penjara yang bermula pada 12 Feb 2019 iaitu tarikh tangkapnya.

“Ben Khaled telah bebas sepenuhnya daripada kesalahan tersebut selepas mahkamah membatalkan hukuman sebatan. Dia akan dibebaskan selepas segala proses dokumentasi di penjara selesai,” katanya.

Hafizuddin ketika prosiding berkata Ben Khaled lumpuh pada 2020 akibat tuberkulosis yang menjejaskan tulang belakangnya.

Rabu lepas, Ben Khalid yang sebelum ini turut disabitkan kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 10.53 gram, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said dalam melepas dan membebaskannya, memutuskan sabitan mengedar dadah terhadap Ben Khalid tidak selamat.

— BERNAMA