Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tengkorak, tulang dalam ladang sawit milik Mona Liza -

Tengkorak, tulang dalam ladang sawit milik Mona Liza

KEHILANGAN wanita orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, Mona Liza Lani, 58, sejak Julai lepas akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan tulang yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di sini adalah milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pihak polis menerima laporan berhubung penemuan tulang manusia pada 13 September lepas jam 6 petang daripada pengurusan ladang tersebut.

“Siasatan di lokasi mendapati terdapat tengkorak, beberapa tulang lain, pakaian dan ubat-ubatan yang bertulis nama Mona Liza.

“Justeru, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan antara darah abang orang hilang (Mona Liza) dengan sampel tulang dan gigi yang dijumpai,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Amran berkata, hasil laporan daripada Jabatan Kimia yang diperoleh pada 3 Oktober lepas mengesahkan ia adalah milik Mona Liza yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Tengkorak dan tulang berkenaan telah diserahkan kepada keluarganya pada Rabu untuk tujuan pengebumian,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Mona Liza yang merupakan OKU masalah pembelajaran hilang dari rumahnya di Kampung Juasseh Hilir di sini sejak 22 Julai lepas.