Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tak sampai 2 bulan, Liz Truss letak jawatan Perdana Menteri UK -

Tak sampai 2 bulan, Liz Truss letak jawatan Perdana Menteri UK

SELANG sehari menyatakan dirinya tidak akan mengaku kalah, Liz Truss akhirnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom selepas 45 hari menyusun strategi politiknya.

Satu kenyataan rasmi tentang peletakan jawatan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, lapor media tempatan.

Perkembangan itu bertitik-tolak daripada penyusutan kuasa politiknya susulan pembentangan belanjawan negara yang buruk pada bulan lalu.

“Segalanya sudah berakhir,” ujar sumber yang dipetik portal berita The Guardian seperti dilaporkan Astro AWANI.

Truss, yang menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah United Kingdom, dilihat ‘tewas’ dengan tekanan daripada ahli-ahli Parlimen Tory selepas peletakan jawatan Setiausaha Negara Suella Braverman, selain daripada kekacauan politik dalaman Parti Konservatif sendiri.

Masih belum jelas sama ada Truss akan berundur serta-merta atau pada tempoh tertentu yang bakal diumumkan.

Sehubungan perkembangan mengejutkan itu, Ketua Pembangkang Parti Buruh Keir Starmer menggesa pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Truss turut menyembah maklum Raja Charles III tentang peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Parti Konservatif.