Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kemalangan maut pertama di DASH -

Kemalangan maut pertama di DASH

LEBUH Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang baru dibuka pada Jumaat lalu, mencatat kemalangan maut pertama membabitkan seorang penunggang motosikal, tengah malam tadi.

Insiden berlaku apabila motosikal jenis SYM VF3I yang ditunggang lelaki berusia 24 tahun itu terbabas sebelum terjatuh ke atas jalan di Kilometer (KM) 15.7 DASH dekat Penchala, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Penchala menghala ke Denai Alam.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya lapor BH Online.

Lebuh raya DASH sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk, dibuka mulai jam 12.01 tengah malam Jumaat lalu.

Persimpangan itu ialah di Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Lapangan Terbang Subang, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.

DASH menghubungkan tiga lebuh raya utama, iaitu Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).