Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pesawat tentera Rusia terhempas di kawasan kediaman ragut tiga nyawa -

Pesawat tentera Rusia terhempas di kawasan kediaman ragut tiga nyawa

TIGA orang terkorban manakala 19 lagi cedera selepas jet pejuang Su-34 Rusia terhempas di bandar Yeysk di wilayah Krasnodar, Rusia pada Isnin, lapor Xinhua memetik agensi berita TASS.

Pesawat itu terhempas ketika menjalani latihan penerbangan dan juruterbang sempat melenting keluar dengan selamat sebelum nahas, menurut memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Jet pejuang itu terhempas di bangunan kediaman dan mencetuskan kebakaran.

Menurut kementerian punca nahas dipercayai akibat masalah teknikal di bahagian enjin jet.

Nahas itu menyebabkan sebahagian bangunan kediaman sembilan tingkat itu terbakar.

Kerja-kerja menyelamat masih dijalankan, menurut gabenor wilayah Krasnodar Veniamin Kondratiev.

— BERNAMA