DEMIKIAN maklum balas Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung pertanyaan media adakah beliau akan tetap mempertahankan Parlimen Larut pada PRU-15.
Berdasarkan gerak kerja yang dilakukannya sehingga kini, jelas memperlihatkan beliau akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU Ke-14 itu.
“Pada saya, yang penting bukanlah gerak kerja tapi adalah sesuatu yang boleh diterima rakyat.
“Saya bukan membawa nama Parlimen Larut sahaja tetapi atas dasar kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Penutup Retreat Media bersama Klien dan Sahabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Batu Kurau di sini, hari ini lapor Harian Metro.
Menurut Hamzah, semasa zaman Rasulullah SAW berperang dahulu, baginda turut bertukar bendera namun perjuangan yang dibawa baginda amat konsisten.
“Sifat seorang pemimpin itu seharusnya membawa imej pengikut-pengikutnya dan saya bersyukur apabila PAS istiqamah bersama dengan kita dalam Perikatan Nasional (PN) untuk pastikan perjuangan itu terus konsisten.
“Jadi, kalau mereka (Umno) mahu bersama, tak bolehlah memberikan syarat orang itu tak boleh, orang ini tak boleh. Jika nak, semua perlu bersekali supaya kita ada penyatuan dalam perjuangan,” katanya.
Ditanya mengenai laporan media tentang Pas memaklumkan kepada Bersatu untuk tidak bertanding di 27 ‘kerusi kritikal’, beliau menegaskan akan berjumpa sendiri dengan Presiden PAS untuk menstrategikan sesuatu yang baik.
“Hal itu nanti saya akan berjumpa dengan presiden mereka (PAS) dan nanti kita strategi benda yang baik,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.