Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peniaga dipenjara lapan bulan, tipu gelaran'Datuk' -

Peniaga dipenjara lapan bulan, tipu gelaran’Datuk’

SEORANG peniaga dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menipu seorang wanita bagi mendapatkan gelaran Datuk membabitkan kerugian RM100,000.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Shafiq Abdul Rahman, 36, selepas Abdullah Shafiq mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 5 Oktober lepas.

Abdullah Shafiq didakwa menipu Norazlita Slamat, 57, juga peniaga dengan memperdayakannya untuk membuat bayaran RM100,000 secara dalam talian ke akaun bank milik tertuduh bagi urusan mendapatkan gelaran Datuk dari Melaka.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tun Ismail di sini pada 4 Oktober lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran dengan mengambil kira keberanian tertuduh menggunakan nama istana untuk melakukan penipuan.

Abdullah Shafiq yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga dan isteri.

— BERNAMA