Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada nama anak Najib dihantar sebagai calon di Pekan -

Tiada nama anak Najib dihantar sebagai calon di Pekan

UMNO Bahagian Pekan mengesahkan tiada nama anak Datuk Seri Najib Razak dihantar untuk dipilih sebagai calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) depan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly mengesahkan daripada lima nama yang dihantar kepada pusat untuk memilih calon tiada nama anak bekas Perdana Menteri bergelar banduan tersebut.

“Tidak ada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding,” katanya dipetik laporan Utusan.

Zamri menjelaskan sebaliknya kerusi Pekan akan dipulangkan semula kepada Najib selepas mendapat pengampunan.

“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,” katanya lagi.

Zamri bagaimanapun enggan mendedahkan empat nama selain Najib yang menawarkan diri bertanding di Pekan pada PRU-15 ini.

Namun, Zamri memberitahu anak lelaki Najib, Datuk Mohd. Nizar dicalonkan tetapi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.