Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tak usah salahkan 12 menteri PN - Tun M -

Tak usah salahkan 12 menteri PN – Tun M

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) atas keputusan beliau membubarkan Parlimen.

Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M menegaskan, walaupun Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran, parti komponen berhak memberi pandangan mereka.

Menurutnya, pengetahuan dan persetujuan parti komponen juga perlu diambil kira.

“Wahai PM. Tak usahlah salahkan 12 menteri PN,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Tun M menjelaskan, hakikat sebenarnya sememangnya UMNO yang mahukan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera.

“Memang pun UMNO yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” sindir beliau.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, Ismail Sabri menegaskan, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.