Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bas terbakar, 18 orang maut termasuk 8 kanak-kanak -

Bas terbakar, 18 orang maut termasuk 8 kanak-kanak

SEKURANG-kurangnya 18 orang termasuk lapan kanak-kanak terkorban manakala 28 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbakar di daerah Jamshoro selatan Pakistan, pada Rabu.

Timbalan Penguasa Polis Wajid Thaheem memberitahu media bahawa bas itu terbakar ketika tiba di kawasan Nooriabad di daerah Jamshoror, Sindh.

Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku akibat sistem penghawa dingin kenderaan terbabit mengalami kerosakan.

Bas yang membawa 55 penumpang itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar pelabuhan Karachi ke kawasan Khairpur Nathan Shah di daerah Dadu.

Anggota polis, pasukan penyelamat dan bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran, serta memindahkan mayat dan penumpang yang cedera ke Hospital Universiti Liaquat di Jamshoro.

Seramai sembilan wanita turut maut dalam kemalangan itu manakala angka kematian dikhuatiri meningkat. – BERNAMA