Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PM dijangka buat pengumuman penting esok -

PM dijangka buat pengumuman penting esok

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok, terdapat spekulasi ia berkaitan pembubaran Parlimen.

Sekiranya Parlimen dibubarkan esok, sembilan bulan sebelum penggalnya tamat, pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada minggu pertama Nov, berdasarkan amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 2013 dan 2018.

Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi FMT berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu,”Saya percaya ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok,”.

Katanya, surat jemputan kepada media berhubung pengumuman itu akan dikeluarkan beberapa jam lagi.

Terdahulu, New Straits Times melaporkan, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.