Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Fenomena air pasang besar diramal berlaku sehingga Khamis -

Fenomena air pasang besar diramal berlaku sehingga Khamis

AIR pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Menurut Nadma, fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada semasa fenomena ini berlaku,” menurut perkongsian itu.

Maklumat lanjut dan jadual pasang surut edisi 2022 boleh didapati di laman web https://hydro.gov/ramalanpasangsurut.