Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bapa Nabil Ahmad hembus nafas terakhir -

Bapa Nabil Ahmad hembus nafas terakhir

BAPA kepada pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail meninggal dunia pada usia 71 tahun di Hospital Serdang sekitar pukul 2 petang, Jumaat akibat komplikasi jantung.

Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh pengurus Nabil yang memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu.

“Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

“Bapa Nabil sudah lama menghidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk. Nabil kini berada di hospital bagi pengurusan jenazah,” katanya lapor mStar.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.