Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet, bincang isu kerajaan -

Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet, bincang isu kerajaan

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet mingguan di Istana Negara pada Khamis.

Menurut muat naik Istana Negara di Facebook, majlis menghadap itu merupakan aktiviti rutin antara kedua-dua pemimpin bagi membincangkan isu semasa.

“Mesyuarat pra-kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut catatan tersebut seperti dilaporkan Astro AWANI.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa soal pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan dalam majlis menghadap itu sekiranya perihal berkaitan Kabinet diselesaikan awal.

Ismail Sabri dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira 4.45 petang selepas kurang sejam menghadap Agong.

Kira-kira 100 petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di luar pintu masuk Istana Negara seawal pukul 7.30 pagi berikutan spekulasi kuat yang mengatakan Perdana Menteri akan menghadap Agong bagi menasihatkan tarikh pembubaran Parlimen.

Awal pagi Khamis, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang, Selangor.