Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bas ‘masuk’ parit, 28 penumpang selamat -

Bas ‘masuk’ parit, 28 penumpang selamat

SEBUAH bas persiaran yang membawa 28 penumpang terbabas ke dalam parit di KM60 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di Pendang, Kedah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kedah, Mohamad Ehsan Mohd Zain, berkata bas itu dipercayai dari Hatyai, Thailand, menghala ke Kampar, Perak, membawa 28 penumpang.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.25 petang semalam.

“Pasukan dari Balai Bomba Alor Setar, Jalan Raja dan Pendang tiba di lokasi tidak lama kemudian, mendapati bas persiaran terbabit dipercayai terbabas ke bahu kiri jalan dan masuk ke dalam parit.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan tersepit dalam kejadian itu dan mereka berjaya keluar dengan sendiri,” katanya, lapor FMT.

Beliau memaklumkan, seorang wanita berusia 60 tahun dilaporkan cedera di kaki dan tangan kiri serta 10 lagi mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, 18 penumpang lagi yang tidak mengalami kecederaan dibawa ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Gurun sebelum operasi yang turut disertai polis dan pegawai Kementerian Kesihatan tamat pada 4.59 petang.