Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Artis ludah ketika ‘show’ dikecam -

[VIDEO] Artis ludah ketika ‘show’ dikecam

TIDAK lekang kontroversi, artis yang pernah heboh kerana isu rumah tangga kini sekali lagi menjadi topik panas apabila didakwa meludah ke arah peminat ketika membuat persembahan baru-baru ini.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Konsert Hausboom Music 2022, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor.

Menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, penyanyi tersebut dilihat menjelirkan lidah sebelum meludah sehingga mencetuskan kemarahan warganet yang mendakwa dirinya seolah-olah tidak bersalah biarpun secara terang-terangan membuat perbuatan ‘jijik’ itu.

Namun, berdasarkan rakaman video tersebut, tidak dapat dipastikan dari sudut sisi kamera jika ia terkena penonton atau sekadar di atas pentas.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan kelakuan dan tindakan artis tersebut yang pernah mencetuskan kontroversi apabila muncul di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur sambil menyelitkan rokok dibibir.

“Aku kalau kena ludah tak jadi fans (peminat) mereka dah. Rockstar tak rockstar (bintang rock) selagi tak dapat ludah balik selagi tu lah,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Memang patut kena tinggal kalau macam ini rupa,” tulis seorang lagi warganet.

“Bang haji sejak dah duda ni lain macam ya,” komen seorang pengguna Twitter.

Malah menerusi ruangan komen juga ada pemerhati industri muzik membuat perbandingan mengatakan sebuah kumpulan rock Barat juga tidak pernah meludah penonton biarpun menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan istilah ludah.

“Slipknot bila perform lagu Spit It Out pun tak ludah crowd dia,” tulis pemilik akaun @najmiMiglia. – SB