[VIDEO] Kami tuntut bayaran pampasan, baki tunggakan VSS – Bekas kakitangan Utusan Melayu

0
227

BEKAS kakitangan Utusan Melayu bersatu hati dalam mendesak pihak yang bertanggungjawab untuk membela nasib dan kebajikan 1,500 bekas kakitangan akhbar tertua itu yang terabai sejak tiga tahun lalu, pada Sabtu.

Pengerusi jawatankuasa perhimpunan ‘Mengenang Tragedi Utusan Melayu: Terkuburnya Suara Keramat’, Saifol Bakhtiar Hamik berkata, perhimpunan berkenaan melambangkan solidariti tertinggi bekas kakitangan akhbar itu tanpa mengira pangkat dan status berhenti, samada diberhentikan selepas syarikat itu ditutup, peserta skim pemberhentian sukarela (VSS), kakitangan bersara wajib atau berhenti.

“Sehingga kini, seramai 13 orang telah meninggal duni tanpa mendapat bayaran satu sen pun pampasan atau tunggakan baki VSS dengan 23 orang lagi bekas kakitangan dalam keadaan daif kerana memghidap pelbagai penyakit selepas syarikat ditutup.

“Sehubungan itu, perhimpunan juga bertujuan untuk mendesak pihak pelikuidator UHY Malaysia yang mengambil alih urusan pelikuidari aset Utusan agar segera membuat bayaran wajib atau statutory mengikut Akta Syarikat dan Akta Pekerja, pampasan dan juga tunggakan VSS yang telah bergantung sejak tiga tahun lepas,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan itu yang diadakan di Jalan Utusan, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Selain itu, beliau turut mendakwa bahawa bangunan-bangunan milik Utusan Melayu sebelum ini yang dianggarkan bernilai lebih RM150 juta telah terjual.

“Seperti yang kita dapat lihat, papan tanda logo Utusan Melayu telah diturunkan dari bangunan bekas ibu pejabat syarikat akhbar itu dan kilangnya di Bangu beru-baru ini, menunjukkan sudah tentu bangunan-bangunan itu telah terjual.

“Tinjauan terhadap aset dan bangunan-bangunan milik Utusan Melayu telah yang bernilai ratusan ringgit di seluruh negara juga telah berpindah milik kerana bangunan atau pejabat-pejabat itu telah diruntuhkan dan sedang dibina semula oleh pemilik baru,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, alasan UHY yang menyatakan banyak aset-aset Utusan masih tidak boleh dijual ekoran Covid-19 dan syarikat tiada wang untuk membayar bekas kakitangan serta tunggakan VSS adalah tidak logik.

Menurut Bakhtiar lagi, pertemuan itu juga telah memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa pasukan bertindak yang terdiri daripada wakil dari semua pihak kumpulan pekerja dan bersetuju untuk menubuhkan satu kelab alumni yang mewakili semua bekas kakitangan.

“Untuk itu, satu memorandum akan diserahkan kepada pihak UHY bagi menyelesaikan segala tuntutan dan hal-hal berkaitan, di samping satu memorandum lagi pula akan dihantar kepada Perdana Menteri selepas ini,”

Tambahnya, kakitangan juga akan mengunjungi Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta agensi-agensi berkenaan menyiasat sebarang salah laku pengurusan ketika proses penutupan syarikat Utusan Melayu.

Pihaknya turut memohon KSM dan SPRM untuk menyiasat sebarang salah laku ketika penjualan permit akhbar Utusan Malaysai dan Kosmo! kepada pemilik baharu, proses penualan aset Utusan serta kelewatan pelikuidasi melakukan pembayaran yang sepatutnya kepada bekas kakitangan. –SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here