Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kenapa tidak harmonikan dasar fiskal, monetari untuk pulihkan ekonomi negara? -

Kenapa tidak harmonikan dasar fiskal, monetari untuk pulihkan ekonomi negara?

SEORANG pakar ekonomi hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan tidak melakukan usaha mengharmonikan dasar fiskal dan monetari untuk memulihkan ekonomi negara.

Profesor Kehormat, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Fatimah Kari, berkata sepatutnya impak pakej ransangan pemulihan ekonomi yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) sejak tahun 2020 dan 2021 sudah memberi kesan.

Profesor Kehormat, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Fatimah Kari

“Soalnya, kalau soal modal kredit diserahkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) yang hanya dilakukan ialah melalui penstukturan semula pembiayaan, yang tidak semestinya membantu sebab di peringkat akhir tempoh moratarium, bank mungkin akan mengenakan kadar faedah yang tinggi untuk offset kerugian.

“Jadi di mana peranan dasar fiskal yang diumumkan oleh MoF untuk membantu PMKS sejak 2020/2020 dalam menanggani isu pembiayaan?

“Kenapa dasar fiskal dan dasar monetari tidak diharmonikan untuk memulihkan ekonomi negara?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas isu kegagalan kerajaan dalam membantu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mewakili lebih 90 peratus daripada ekosistem ekonomi negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin memberitahu isu bantuan terhadap PMKS merupakan antara perakuan yang gagal diambil berat dan dilaksanakan kerajaan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

Mengulas lanjut, Dr. Fatimah yang juga Felo Institut Masa Depan Malaysia (MASA) berkata, BNM dan MoF perlu menjelaskan kenapa jumlah dana atau pinjaman kewangan untuk PMKS tidak ditingkatkan.

Tambahnya, BNM dan MoF juga perlu menyatakan berapa bantuan dana yang diperuntulkan kepada PMKS sejak awal pandemik Covid pada 2020, 2021 dan 2022.

“Dengan data ini, rakyat tahu apakah bank cakna tentang keperluan PMKS. Isu utamanya pihak bank yang tidak mahu membiayai PMKS,” katanya.

Mengulas mengenai isu berkaitan keciciran pelajar dalam pembelajaran, beliau berkata, Kementerian Pendidikan perlu menghebahkan data keciciran sebenarnya mengikut negeri, daerah dan mukim.

“Sebab tanpa data yang terkini, langkah intervensi tidak dapat dilakukan. Kementerian Pendidikan juga perlu menjelaskan apakah keciciran itu disebabkan oleh penghapusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) antara penyumbang kepada keciciran berkenaan,” katanya.–SB