Kecoh selebriti tayang aksi mesra

0
717

KECOH netizen hari ini apabila artis kegemaran mereka muat turun gambar ‘mesra’ bersama suami masing-masing di laman sosial.

Terbaharu, penyanyi Elizabeth Tan berkongsi foto romantis cium mulut bersama suaminya, Dr. Siew Jim.

Menerusi foto itu, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy dilihat mengenakan gaun hitam seksi sambil dirangkul suaminya sebelum mereka berdua bercium serta beberapa gambar romantis lain.

Difahamkan, foto dimuat naik itu adalah gambar pasca-perkahwinan mereka berdua selepas mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Perkongsian Lizzy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa melihat aksi romantis selebriti kegemaran mereka itu bercium dengan suami.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen mengatakan sepatutnya mereka dalam gambar tersebut dan bukannya suami Lizzy.

Malah, ada netizen mengatakan mereka mahu unfollow Instagram Lizzy kerana terlalu kecewa melihat gambar berkenaan.

Selain Lizzy, pelakon Emma Maembong turut memuat naik foto romantis bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.

Difahamkan foto berkenaan dirakam di sebuah pusat beli belah. Rata-rata netizen memuji dan menjadikan mereka contoh pasangan suami isteri bahagia.

Meskipun usia perkahwinan sudah memasuki dua tahun,pasangan itu dilihat semakin akrab dan ‘melekat’ sepanjang masa.

Hasil perkahwinan itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani dan suami dikurniakan seorang anak lelaki Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here