Bapa, anak maut motosikal terlanggar ayam hutan melintas

0
244

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG lelaki dan anaknya meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangi terbabas merempuh pokok akibat terlanggar ayam hutan di kilometer 39.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kota Tinggi malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima makluman kemalangan itu pukul 8 malam.

“Penunggang motosikal Yamaha MT-09, lelaki berusia 40 tahun dan anaknya berusia sembilan tahun, maut di lokasi kejadian.

Kemalangan berlaku apabila motosikal terbabit yang dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Pengeli Timur, hilang kawalan akibat melanggar ayam hutan yang secara tiba-tiba melintasi jalan.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal terbabit yang dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Pengeli Timur, hilang kawalan akibat melanggar ayam hutan yang secara tiba-tiba melintasi jalan.

“Orang awam yang menyedari kejadian itu pada 7.40 malam lalu memaklumkan kemalangan itu kepada polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here