Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Zamsaham saman KAFA gagal bayar hutang RM3.93 juta -

Zamsaham saman KAFA gagal bayar hutang RM3.93 juta

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan bahawa pihaknya menyaman Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjelaskan tindakan saman itu diambil susulan kegagalan KAFA membayar hutangnya sebanyak RM3.93 juta.

Menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini, beliau berkata perkara itu terpaksa di dedahkan selepas mendapat banyak pertanyaan daripada orang ramai.

“Saya sebenarnya nak diamkan sahaja, tapi selepas ramai yang tanya, maka memang benar saya saman KAFA kerana gagal bayar hutang sebanyak RM3.93 juta.

“Asal hutang KAFA RM3.8 juta, naik ke RM3.93 juta sebab KAFA minta tambahan pinjaman. Tapi setakat hari ini satu sen pun belum pulang ke saya,” tulisnya seperti dilaporkan Berita Harian Online.

Zamsaham sebelum ini dilaporkan membayar RM6.8 juta ketika proses mengambil alih pasukan The Red Warriors (TRW) dari KAFA pada September 2020.

Menurut laporan, jumlah itu membabitkan RM3 juta bagi pembelian Kelantan FC dan RM3.8 juta lagi adalah pinjaman kepada KAFA bagi menyelesaikan hutang kepada pemain dan agensi tertentu.