Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RM2 bilion kos PRU15 jika dibuat asing dengan DUN - Mustapa -

RM2 bilion kos PRU15 jika dibuat asing dengan DUN – Mustapa

HAMPIR RM2 bilion akan dibelanjakan sekiranya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, hal berkenaan memandangkan kos PRU lalu membabitkan lebih RM1 bilion apabila dilaksanakan secara serentak.

“Jika ia diadakan dua kali iaitu Parlimen dalam masa terdekat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama kemudian… sudah tentu kos meningkat dua kali ganda.

“Itu belum lagi melibatkan pengundi yang tinggal jauh seperti di Sabah dan Sarawak, mereka perlu memikirkan kos untuk pulang mengundi,” katanya lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, laporan itu pernah menyebut PRU15 sesuai dilaksanakan pada Mac 2023, selepas sambutan Aidilfitri atau ketika musim cuti sekolah bagi memastikan keselesaan rakyat turun mengundi.

Terdahulu, enam negeri dikatakan tidak akan membubarkan DUN sekiranya PRU15 diadakan tahun ini iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.