Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PM tak perlu takut dengan Ahmad Zahid - Anthony -

PM tak perlu takut dengan Ahmad Zahid – Anthony

DAP meminta Perdana Menteri  tidak takut dengan  desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu takut kerana beliau  adalah Perdana Menteri sebuah negara, justeru kuasa prerogatifnya lebih besar daripada Ahmad Zahid.

“Jangan bimbang dengan ugutan Ahmad Zahid kerana (Perdana Menteri) ada (perjanjian persefahaman) MoU (Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan) dengan PH.

“Ismail Sabri kena bertindak sebagai seorang Perdana Menteri dan bukannya pengikut parti (UMNO),” katanya ketika berucap pada Kongres Khas DAP 2022 di Ideal Convention Centre (IDCC) pada Ahad.

Pada tahun lalu, Ismail Sabri yang yang menjawat jawatan Perdana Menteri telah memperkenalkan MoU tersebut, yang bertujuan mengelak PRU15 diadakan sebelum 31 Julai tahun ini.

Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu, Tan Sri Annuar Musa turut memaklumkan bahawa perjanjian berkenaan tidak ada tarikh tamat tempoh.

Dalam pada itu, Anthony berkata, kerajaan  seharusnya menumpukan terhadap persiapan kebarangkalian berlakunya banjir, pada hujung tahun ini.

Ini kerana menurut beliau, majoriti rakyat pastinya menagih pelbagai bantuan daripada kerajaan yang menjadi tempat mereka bergantung harap.

“Saya ingin ingatkan UMNO bahawa DAP tidak takut bila PRU diadakan, waima diadakan esok sekalipun.

“Tapi DAP tidak mahu paksa Perdana Menteri bubarkan Parlimen ketika ini kerana merasakan hujung tahun bukan waktu yang sesuai diadakan PRU kerana (pada waktu itu) berlakunya banjir.

“Kita (parti dalam Malaysia) perlu siapkan diri untuk bantu rakyat ketika ini dan harap UMNO bersabar sedikit masa lagi,” ujarnya memetik laporan Utusan Online.