Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
BN musuh PN pada PRU-15, Muhyiddin ingatkan penyokong -

BN musuh PN pada PRU-15, Muhyiddin ingatkan penyokong

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada penyokong serta pimpinan parti itu bahawa musuh utama Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti adalah Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata ketetapan itu telah dibuat dalam parti-parti PN.

“Kita dalam PN sudah ada kesepakatan, antara perkara disepakati ialah saya nak sebut di sini, bahawa musuh utama kita tidak lain adalah BN

“Kalau ada kawan kata keadaannya begini-begini, nanti lepas esok mana mana kita nak buat. Itu strategi yang cukup salah,” katanya lapor FMT ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-6 Bersatu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata PN tidak perlu gentar untuk berlawan dengan BN pada PRU15.

Beliau berkata apa yang penting adalah untuk PN menyelamatkan kerajaan.

“Ada beberapa rakan datang jumpa saya di pejabat, tanya lawan ke tak dengan Umno? Lawan ke tak lawan?,” katanya sambil diiringi jawapan penyokong Bersatu yang ingin ‘lawan’ dengan BN.

Muhyiddin juga enggan mengulas mengenai Pakatan Harapan (PH) dan tidak kisah sekiranya Umno mahu bertanding di semua kerusi dalam PRU15.

Sementara itu, di dalam sidang medianya, Muhyiddin berkata perbezaan pandangan dengan PAS buat masa ini ‘dibenarkan’ kerana ia dibuat sebelum pilihan raya.

Bagaimanapun katanya, apabila hampir dengan pilihan raya, PN akan mengambil keputusan bersama.

“Itu tidak mengapa sebab PAS beri pandangan sebegitu sebelum pilihan raya.

“Sekarang ini ialah masing-masing parti ada sedikit kebebasan untuk buat apa yang dia patut buat,” katanya.