[VIDEO] Pelakon, pelawak Bob Lokman meninggal dunia

0
568

PELAKON, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu di Kelantan pada Jumaat.

Perkara ini disahkan isterinya, Relawati Daud kepada rakan rapat Allahyarham, Datin Marlia Musa sekitar jam 3 petang tadi.

“Saya baru dapat berhubung dengan isterinya dan dia mengesahkan pegawai kesihatan masih berada di kediaman mereka untuk pengesahan kematian,” kata Marlia, lapor Astro AWANI.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik beberapa lagu popular, Isabella dan Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.

Allahyarham juga pernah berkolaborasi dengan ramai penyanyi legenda tanah air termasuk Datuk Hattan dan Datuk M Nasir.

Terdahulu, media melaporkan Bob pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat komplikasi jantung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here