Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bot Karam di Mukah: SAR cari mangsa hilang ditangguhkan -

Bot Karam di Mukah: SAR cari mangsa hilang ditangguhkan

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot karam yang masih hilang di perairan Mukah akan disambung esok bermula jam 8 pagi.

Penolong Pengarah Kanan Unit Cari Lamat dan Bantuan Bencana Maritim Negeri Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nurul Elmi Ali berkata Ops Carilamat yang dilaksanakan hari ini telah dihentikan jam 5 petang.

“Radius pencarian akan menumpukan di kawasan kira-kira dua hingga tiga batu nautika dari lokasi 10 mangsa ditemukan hari ini dan semalam.

“Mangsa yang masih hilang merupakan pemancing,” katanya memetik laporan Astro AWANI.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan identiti mangsa.

Dalam kejadian Selasa lalu, sebuah bot pemancing bersama 11 penumpang termasuk kru dan tekong dilaporkan karam di perairan Mukah.

Maklumat awal Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC APMM) Kuching, insiden tersebut membabitkan bot dengan nombor pendaftaran SF2-2837.

Bot tersebut telah keluar pada Isnin (19 Sept) dan dilaporkan berhadapan masalah enjin sebelum karam di kedudukan 34 batu nautika dari Barat Laut Mukah, kira-kira 8.30 malam pada Selasa.

Setakat ini lapan mangsa ditemukan selamat, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia.