Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Harga RON97 turun 10 sen, RON95 dan Diesel kekal -

Harga RON97 turun 10 sen, RON95 dan Diesel kekal

HARGA runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter, manakala harga diesel dan petrol RON95 tidak berubah bagi tempoh 22 sehingga 28 Sept ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, penurunan itu menjadikan harga runcit RON97 turun daripada RM4.15 kepada RM4.05 seliter. 

Harga siling bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global.

Harga baharu itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.–Bernama