Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jengkaut kedua pula dijumpai di lokasi runtuhan kuari -

Jengkaut kedua pula dijumpai di lokasi runtuhan kuari

SATU lagi jengkaut ditemukan hari ini di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai yang berlaku pada Mac lalu.

Penolong Pengarah Operasi, JBPM Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, bangkai jengkaut itu ditemukan jam 5.02 petang pada jarak kira-kira tiga meter daripada lokasi jengkaut pertama dijumpai.

“Unit K9 digerakkan ke lokasi jengkaut berkenaan. Bagaimanapun kedudukan mangsa belum diperoleh dengan tepat disebabkan timbunan batu besar di atas jengkaut terbabit,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Sementara itu, beliau memaklumkan operasi hari ini dihentikan buat sementara waktu jam 7 malam tadi dan akan disambung semula 8 pagi esok.

Terdahulu, media melaporkan jengkaut bersama cebisan baju dan tulang ditemukan di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini, pada Mac lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman dilaporkan berkata, bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan cebisan baju dan tulang berkenaan adalah milik siapa.

Cebisan tulang dan rangka manusia yang dijumpai itu dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Dalam kejadian 9.15 pagi 8 Mac lalu, dua mangsa, Itam Lasoh, 43 dan Kheow Loo Siew Soon, 49, dilapor tertimbus dalam insiden runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, di Simpang Pulai di sini.