Facebook Instagram
  • Semasa
    • Jenayah
    • Mahkamah
  • Rencana
    • Pendapat
    • Analisis
  • Politik
  • Dunia
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Video
Search
NEWSPAPER DISCOVER THE ART OF PUBLISHING
  • Semasa
    • Jenayah
    • Mahkamah
  • Rencana
    • Pendapat
    • Analisis
  • Politik
  • Dunia
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Video
Home Semasa Peniaga diingat jangan salah guna logo halal-Idris
  • Semasa

Peniaga diingat jangan salah guna logo halal-Idris

By
Bernama
-
September 17, 2022
0
435
Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
    logo halal yang diiktiraf Jakim

    PENIAGA diingatkan untuk tidak menyalahguna logo halal di produk-produk keluaran mereka sebagai alat untuk melariskan jualan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

    “Soal seperti ini saya harapkan peniaga jangan tipu, kita bukan nak halang orang lain makan tapi yang kita nak jaga ialah keperluan orang Islam itu sendiri.

    “Jangan sampai menggunakan agama seperti ini, menggunakan tanda halal (palsu) semata-mata untuk beri nilai komersil pada produk jualan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Nadwah Ulama dan Ilmuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) (NUIM): Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini hari ini.

    Idris berkata demikian ketika mengulas mengenai bungkusan produk gula-gula yang menggunakan logo tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), dan kandungan gula-gula berkenaan didapati mengandungi bahan tidak halal.

    Pada 11 Sept lepas Bahagian Hab Halal Jakim dalam hantaran Facebooknya mengesahkan bahawa produk gula-gula itu menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

    Terdahulu Idris dalam ucapan semasa merasmikan persidangan itu berkata aspirasi Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera mengangkat tinggi nilai perpaduan serta membawa satu harapan besar untuk rakyat bersama-sama membantu memulihkan negara dan masyarakat yang terjejas teruk akibat krisis kesihatan awam COVID-19.

    BERNAMA

    • TAGS
    • Halal
    • Idris Ahmad
    • Jakim
    • logo
    • salah guna
    Facebook
    Twitter
    Pinterest
    WhatsApp
      Previous articlePas akan bekerjasama dengan BN, Bersatu pada PRU-15
      Next articleKenyataan LCS bercanggah:Hishammuddin dituntut beri penjelasan-Hassan
      Bernama
      Bernama
      Sign in
      Welcome! Log into your account
      Forgot your password? Get help
      Password recovery
      Recover your password
      A password will be e-mailed to you.

      LEAVE A REPLY

      Log in to leave a comment

      © Newspaper WordPress Theme by TagDiv