Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kenyataan LCS bercanggah:Hishammuddin dituntut beri penjelasan-Hassan -

Kenyataan LCS bercanggah:Hishammuddin dituntut beri penjelasan-Hassan

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dituntut memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang
bercanggah denganPanglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkenaan tarikh projek kapal tempur pesisir (LCS) akan siap.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana Hishammuddin sebelum ini memberitahu LCS siap pada tahun 2024 manakala Affendi Buang pula menyatakan projek itu akan siap pada 2026.

“Ini isu besar. Isunya kenyataan siapa yang betul. Perkara ini tidak boleh dimain-mainkan kerana isu serius, Hishammuddin peru diberi peluang menjelaskan perkara ini dalam Parlimen yang akan bersidang pada 3 Oktober ini.

“Kementerian Pertahanan perlu beri kenyataan secara rasmi di Dewan Rakyat iaitu pertama, bilakah tarikh awal LCS ini akan siap dan bila akan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Keduanya, pada tarikh awal penyerahan itu, berapa LCS yang akan diserahkan daripada enam buah LCS yang kita tempah,” katanya kepada pemberita selepas program bersama komuniti di Jalan Tempua, Taman Scientex di Pasir Gudang, semalam.

Dalam program berkenaan, Hassan menyerahkan cek sumbangan kepada persatuan tersebut bagi menyiapkan gelanggang permainan dan tempat riadah bagi kegunaan komuniti jalan berkenaan.

Hassan (tengah) menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Persatuan Komuniti Jalan Tempua, Razali selepas program bersama komuniti di jalan itu di Taman Scientex, Pasir Gudang

Affendi menerusi satu wawancara baru-baru ini memaklumkan bahawa LCS hanya akan siap dalam tempoh tahun 2026 hingga2028 sekali gus bercanggah dengan kenyataan Hishammuddin sebelum ini.

Hassan berkata, perkara ketiga perlu dilakukan Hishammuddin di Dewan Rakyat ialah memberitahu jumlah yang sudah dibelanjakan kerajaan untuk projek LCS sehingga sekarang.

“Rakyat mahu tahu berapa bilion Ringgit sudah kita belanjakan sebenarnya. Apa yang kita diberitahu sudah RM6 bilion dibelanjakan dan ini dinyatakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan bukan Kementerian Pertahanan sendiri,” katanya.

Menurut beliau, perkara keempat perlu dilakukan ialah menyatakan berapa ramai sebenarnya yang sudah disiasat dan didakwa di mahkamah bagi mereka yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan skandal LCS.

Selain itu katanya, rakyat juga mahu tahu adakah kerajaan akan membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal LCS.

“Sekiranya Hishammuddin merasakan sudah tersalah cakap berkenaan skandal LCS, beliau perlu memohon maaf terhadap rakyat di Parlimen, ini adalah tagunggjawabnya sebagai seorang menteri,” katanya. – SB