Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu parah tercampak keluar rempuh pokok sawit -

Pemandu parah tercampak keluar rempuh pokok sawit

SEORANG pemandu kereta dilaporkan cedera parah di Jalan Simpang Utara, Batu Arang menghala Rawang akibat tercampak keluar dari kereta yang dipandunya sebelum tersepit pada pokok kepala sawit dalam kemalangan pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.16 pagi.

“Seramai lapan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pukul 6.19 pagi didapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun,” ujarnya, lapor Kosmo Online.

Kereta tersebut dipercayai terbabas lalu merempuh pokok kelapa sawit menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan itu.

“Mangsa telah tersepit di bawah pokok kelapa sawit dan mengalami kecederaan parah patah kaki kiri,” katanya.

Jelas beliau, mangsa berjaya dikeluarkan untuk pihak petugas dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh menggunakan ambulans bagi rawatan lanjut.