Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: 2,375 kes dilaporkan semalam -

Covid-19: 2,375 kes dilaporkan semalam

BILANGAN jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,735 kes pada 9 September termasuk 11 kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,775,552 setakat ini.

Memetik laporan Kosmo!, sejumlah 1,466 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,750,198 orang.

Memetik laman web Covidnow, sebanyak 27,205 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah 960.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 683 diikuti Kuala Lumpur (453), Sabah (230), Perak (221), Melaka (113), Pulau Pinang (108), Sarawak (106), Negeri Sembilan (84) dan Kelantan (74).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (71), Kedah (70), Pahang (69), Putrajaya (47), Terengganu (28), Perlis (9) dan Labuan (4),” kata maklumat itu hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak tiga kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,299.

Jumlah kematian BID pula kekal sebanyak 7,713 setakat ini.

Sebanyak 25,912 kes dikuarantin di rumah, lapan kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,232 kes di hospital, 12 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 41 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.